Xi: China Sokong Usaha Dapatkan Hak dan Kepentingan Sah Palestin

2021-11-30 14:27:14  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan, China menumpukan kepada isu Palestin dan menyokong secara teguh perjuangan rakyat negara itu untuk mendapatkan hak dan kepentingan yang sah.

Presiden Xi berkata demikian dalam perutusan tahniahnya kepada sidang memperingati "Hari Solidariti Antarabangsa bersama Rakyat Palestin" anjuran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) pada Isnin lalu. 

Xi berkata, isu Palestin merupakan isu kekunci di Asia Barat. Penyelesaian isu Palestin secara adil dan komprehensif,  Palestin dan Israel hidup bersama secara aman dan  pembangunan bersama kaum Arab dengan Yahudi bersesuaian dengan kepentingan bersama kedua-dua pihak dan dinanti-nantikan pencinta kedamaian seluruh dunia. 

Xi menegaskan, China yang sentiasa memegang kepada prinsip keadilan dan menggalakkan rundingan damai akan terus menyediakan bantuan kepada Palestin dalam bidang kemanusiaan, pembangunan dan usaha melawan pandemik COVID-19.

"China komited bersama dengan masyarakat antarabangsa terus menyumbang kepada penyelesaian isu Palestin secepat mungkin dan mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di kawasan Asia Barat," kata Xi.  

胡星