Pusat Timbang Tara Serantau AALCO HK Ditubuhkan

2021-11-30 14:29:20  CRI
Share with:

Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO) secara rasmi mengumumkan penubuhan Pusat Timbang Tara Serantau AALCO Hong Kong(HK) dalam persidangan tahunan ke-59 pada Isnin lalu, sekali gus menyediakan asas bagi membangunkan dan mempromosi HK sebagai hab perkhidmatan dalam usaha menyelesaikan pertikaian antarabangsa.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas HK(HKSAR), Carrie Lam menyatkan, HK kaya dengan modal insan dalam bidang penyelesaian pertikaian, selain mempunyai sistem dan infrastruktur perundangan yang matang dan lengkap.

"Sebagai satu-satunya kawasan pemerintahan kehakiman yang menguatkuasaan undang-undang common di China, wilayah tersebut mempunyai tradisi dan sejarah lama dalam penguatkuasaan undang-undang tersebut.

"Keputusan perbicaraan oleh mahkamah HK sering digunakan oleh jabatan kehakiman di luar negara, sekali gus memperlihatkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap kredibiliti sistem perundangan dan kehakiman HK." katanya.

Carrie Lam menambah, Hong Kong akan memanfaatkan kelebihan sebagai hab perkhidmatan perundangan dan penyelesaian pertikaian untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan kepada negara anggota AALCO.

胡星