China Bersedia Kekalkan Komunikasi dengan Pelbagai Pihak bagi Memeterai Perjanjian Pandemik

2021-12-01 14:34:01  CRI
Share with:

China Bersedia Kekalkan Komunikasi dengan Pelbagai Pihak bagi Memeterai Perjanjian Pandemik_fororder_pelbagaipihak

China bersedia untuk mengekalkan komunikasi dan koordinasi dengan semua pihak dalam memeterai perjanjian antarabangsa baharu mengenai membendung penularan pandemik.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam sidang akhbar di Beijing pada Isnin lalu.

"China sentiasa berusaha dalam pencegahan dan kawalan wabak COVID-19 dan bersikap terbuka terhadap apa jua langkah yang membantu mengukuhkan perpaduan global dan menyelaraskan tindak balas terhadap pandemik pada masa depan.

"China berharap proses berkenaan dijalankan dalam kerangka PBB dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk menjamin penyertaan pelbagai negara anggota," kata Zhao.

Zhao menambah, China juga menentang tindakan mempolitikkan, stigma atau memperalatkan isu wabak.

胡星