Pembaharuan dan Keterbukaan Pintu, Tambah Dinamik Ekonomi China: Pakar

2021-12-03 14:32:45  CRI
Share with:

Pembaharuan dan Keterbukaan Pintu, Tambah Dinamik Ekonomi China: Pakar_fororder_202112031431f1f

Sempena Persidangan Antarabangsa "Understanding China" 2021 yang berlangsung di Guangzhou, Pengarah Institut Pembaharuan Bandar Huaqin Shenzhen, He Qianming dalam wawancara eksklusif bersama CMG berkongsi ideanya mengenai faktor yang menyumbang kepada pembangunan China serta hubungan negara ini dengan dunia.

Soalan: Pembangunan China mencipta keajaiban dengan mengekalkan perkembangan pesat sejak beberapa dekad lalu. Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan cemerlang ini?

Jawapan: Pada pendapat saya, kejayaan itu adalah hasil daripada usaha pembaharuan dan pintu terbuka. Kerajaan tempatan telah menjalankan pembaharuan secara holistik terhadap sistem pentadbiran. Ia sekali gus mendinamikkan ekonomi pasaran. Di samping itu, ekonomi negara ini bertambah dinamik apabila pelbagai sektor dibuka kepada modal asing.

Soalan: Di bawah pimpinan Parti Komunis China (PKC), rakyat China melakar kejayaan cemerlang daripada bangkit, berkembang makmur hinggalah menjadi semakin kuat. Bagaimanakah China berurusan dengan dunia selepas menjadi semakin maju?

Jawapan: Banyak perubahan telah berlaku dalam landskap ekonomi dunia. Ekonomi China juga mengalami perubahan yang besar sama ada dari segi agregat mahupun struktur. China boleh menonjolkan diri dalam ekonomi baharu seperti sektor kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital, dan menyumbang kepada pencorakan semula sistem peraturan antarabangsa dalam bidang tersebut.

Soalan: Bagaimana anda melihat prospek pembangunan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makau pada 30 tahun akan datang?

Jawapan: Saya rasa, Kawasan Teluk Besar itu boleh menjadi teladan kepada pembangunan bandar secara aglomerasi di negara ini. Dengan penyempurnaan infrastruktur dan insentif daripada dasar keutamaan kerajaan, kawasan itu akan menjadi simbolik termasuk dari segi perkembangan komersial serta pembangunan ekologi dan sosial.

Soalan: Apakah kesignifikanan daripada penubuhan dan pembangunan Kawasan Teluk Besar tersebut?

Jawapan: Ia membawa makna dalam beberapa aspek. Pertama, kawasan itu akan menjadi pemacu utama kepada perkembangan ekonomi untuk beberapa dekad akan datang. Kedua, ia juga membantu meningkatkan taraf perkhidmatan awam seperti pendidikan dan perubatan. Perkara ini tentu menjanjikan kehidupan yang lebih bahagia kepada rakyat.

Soalan: Bolehkah anda memberi gambaran tentang China dalam satu ayat sahaja?

Jawapan: China, sebuah negara yang menjunjung keterangkuman, berdaya usaha dan sangat mencintai kedamaian.

张哲