China Sedang Percepat R&D Vaksin Varian Omicron

2021-12-03 15:57:08  CRI
Share with:

China Sedang Percepat R&D Vaksin Varian  Omicron_fororder_微信图片_20211203143349

 

China sedang mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) vaksin COVID-19 khusus untuk membendung varian baharu, Omicron. 

Demikian dinyatakan ketua kumpulan kerja R&D vaksin, pasukan penyelidikan sains, mekanisme pencegahan dan kawalan bersama Dewan Negara China, Zheng Zhongwei ketika ditemu ramah oleh wartawan Kumpulan Media China (CMG) Khamis lalu.  Menurut Zheng, vaksin keluaran China mempunyai kesan yang ketara terhadap jangkitan yang disebabkan pelbagai varian virus utama yang menular di kawasan berbeza serta penularan semula selepas jangkitan.  Kesannya juga amat ketara dalam mencegah penyakit parah dan kematian. 

Sejak varian virus COVID-19 pertama dikesan,  penyelidikan persediaan terhadap vaksin varian virus telah dimulakan di China.

"Kami sedang mempercepatkan R&D vaksin varian Omicron bagi membuat persiapan  jika ada keperluan suatu hari nanti," katanya.

徐国玮