Perbincangan Meja Bulat "1+6" Keenam Tumpu Pemulihan Ekonomi Global

2021-12-03 13:51:28  CRI
Share with:

Perbincangan meja bulat “1+6” keenam akan menfokuskan kepada topik “Galakkan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, inklusif dan mampan:  Dari pemulihan ke penstrukturan semula".

Perdana Menteri China,  Li Keqiang akan menyertai perbincangan yang akan diadakan menerusi sidang video di Beijing pada 6 Disember tersebut.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sesi taklimat Khamis lalu.

Menurut Wang, perbincangan itu turut diserikan dengan kehadiran Presiden Bank Dunia, David Malpass; Ketua Pengarah Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF),  Kristalina Georgieva; Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO), Ngozi Okonjo-Iweala; Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Guy Ryder; Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Mathias Cormann  dan Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan,Klaas Knot.

Para peserta dijangka akan bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu yang melibatkan keadaan ekonomi dunia, tadbir urus ekonomi global dan komitmen China untuk memacu pembangunan berkualiti tinggi dengan mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

胡星