Majlis Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Dijadualkan 4 Februari

2021-12-03 13:47:57  CRI
Share with:

Majlis Perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022  Dijadualkan 4 Februari_fororder_东奥

Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 dijadualkan dirasmikan pada 4 Februari dan ditutup pada 20 Februari nanti, manakala Paralimpik Musim Sejuk akan berlangsung pada 4 hingga 13 Mac nanti.      

Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Eksekutif Pusat  Pengaturan Operasi Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk Beijing, Yan Cheng dalam sidang akhbar Jabatan Penerangan Dewan Negara China pagi tadi. 

Menurut Yan, sekarang, Beijing telah bersiap sedia bagi penganjuran kedua-dua temasya sukan tersebut.

" Usaha pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 akan diutamakan. Kesemua 12 venue pertandingan telah selesai dibina dan mendapat pentauliahan dariapda Pertubuhan Sukan Musim Sejuk Antarabangsa dan terbukti memenuhi semua syarat bagi pertandingan," kata Yan.

Beliau menambah,  perkhidmatan dalam bidang katering, penginapan, rawatan perubatan, lalu lintas dan lain-lain pula akan disediakan dengan mematuhi prinsip "sama standard bagi tiga kawasan pertandingan."

胡星