Xi: China Komited Intensifkan Kepercayaan Strategik dengan Thailand

2021-12-05 15:02:18  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping hari ini komited akan mengintensifkan kepercayaan strategik dengan Thailand.

Dalam perutusan tahniah kepada raja Thailand, Maha Vajiralongkorn sempena sambutan Hari Kebangsaan Thailand, Presiden Xi menyifatkan China dan Thailand sebagai saudara mara, sahabat dan jiran yang baik.

Menurut Xi, hubungan kedua-dua negara berkembang dengan lancar pada beberapa tahun kebelakangan ini dan membuahkan hasil yang menggalakkan dalam membangunkan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

"China dan Thailand disarankan bergabung tenaga demi membendung pandemik COVID-19 agar melakar kejayaan dalam usaha mewujudkan pemulihan ekonomi," kata beliau.

Xi menegaskan keperihatinan beliau terhadap pembangunan hubungan China-Thailand.

"Saya komited berusaha bersama dengan Raja Vajiralongkorn untuk mengukuhkan persahabatan tradisional, dan melonjakkan hubungan dua hala ke satu tahap yang lebih tinggi, sekali gus mewujudkan kesejahteraan kepada rakyat kedua-dua negara, selain menyumbang kepada keamanan dan pembangunan serantau dan dunia," kata Xi.

覃淼