China Keluarkan Laporan "Keadaan Demokrasi di AS"

2021-12-05 15:45:37  CRI
Share with:

China Keluarkan Laporan "Keadaan Demokrasi di AS"_fororder_demokrasi

Kementerian Luar China menyiarkan laporan tentang “Keadaan Demokrasi di Amerika Syarikat(AS)”  menerusi laman sesawangnya hari ini.

Berdasarkan fakta, data serta pendapat pakar dan institusi pelbagai negara, laporan itu menganalisis kekurangan sistem demokrasi dan tindakan penyalahgunaan demokrasi di Amerika Syarikat serta bahaya pengeksportan demokrasi itu ke negara lain.  

Menurut laporan itu, AS perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan hak-hak demokratik rakyatnya dengan menyempurnakan sistem demokrasi, di samping memikul lebih banyak tanggungjawab antarabangsa dan menyediakan lebih banyak produk awam kepada  dunia. 

AS digesa jangan hanya menumpu kepada prosedur dan formal demokrasi, dan mengabaikan hakikat dan keputusan demokrasi di dalam negeri,  tetapi mengenakan “demokrasi AS"  sebagai contoh kepada negara lain, bahkan menjalankan campur tangan, subversi dan pencerobohan di negara lain dengan bertopengkan  “demokrasi”.

Masyarakat antarabangsa kini berhadapan dengan cabaran global mendesak yang melibatkan penularan pandemik COVID-19, kelembapan ekonomi  dan krisis perubahan iklim. 

Laporan itu menyeru pelbagai negara  mengatasi  perbezaan dalam sistem, menolak mentaliti  permainan zero sum, sebaliknya mengamalkan multilateralisme yang sebenar, saling menghormati dan bekerjasama demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan umat manusia. 

胡星