AS Bukan Negara Demokratik:Sarjana Singapura

2021-12-06 15:19:37  CRI
Share with:

Di Amerika Syarikat (AS), adalah "wang", bukan rakyat yang mempunyai kebebasan untuk bersuara dan membuat keputusan, kata seorang sarjana Singapura.

Felo Institut Penyelidikan Asia, Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), Kishore Mahbubani dalan satu temu bual baru-baru ini berkata, ternyata bahawa AS bukanlah sebuah negara demokratik kerana ia diperintah oleh orang kaya.

Menurut beliau, demokrasi merujuk kepada kerajaan yang dimiliki dan ditadbir urus rakyat serta mengutamakan kepentingan rakyat. Jika ditadbir golongan kaya, keadaan itu langsung berubah.

Pada 2010, Mahkamah Agung AS membenarkan syarikat dan kesatuan sekerja menderma wang tanpa had maksimum kepada "Super Political Action Committee" yang memberi sokongan kepada calon.

Mahbubani beranggapan, hal ini bermakna undang-undang AS memberikan hak kebebasan bersuara kepada "wang", menjadikan negara itu terjebak dalam pimpinan orang kaya.

Menurut statistik, 91 peratus daripada pemenang pilihan raya Kongres AS terdiri daripada calon yang menerima pembiayaan paling banyak. Korporat, orang kaya dan kumpulan berkepentingan menjadi sumber utama dana pilihan raya. Calon berkenaan kemudian berkhidmat untuk pihak pembiaya di belakang tabir.

周乔西