Jumlah Pengeluaran Bahan Makanan China Baharui Rekod

2021-12-06 12:12:41  CRI
Share with:

Jumlah pengeluaran bahan makanan China mencatat 682.9 bilion kilogram pada tahun 2021 yang menyaksikan peningkatan 13.35 bilion kilogram, atau dua peratus berbanding tahun lepas.

Menurut Jabatan Statistik Negara (NBS) China, ia sekali gus memecahkan rekod yang terdahulu, selain turut berjaya mengekalkan hasil lebih 650 bilion kilogram selama tujuh tahun berturut-turut.

Difahamkan, daripada jumlah tersebut, pengeluaran pada musim gugur dilaporkan mencecah 508.9 bilion kilogram, iaitu menambah sebanyak 9.55 bilion kilogram, atau 1.9 peratus berbanding pada 2020.

Manakala, jumlah pengeluaran bahan makanan musim panas dan padi awal musim masing-masing mencatat sebanyak 145.95 bilion kilogram dan 28 bilion kilogram pada tahun ini, menambah 3.1 bilion kilogram dan 70 juta kilogram berbanding tahun sebelumnya.

Jelas NBS China, kejayaan tersebut merupakan hasil daripada tanaman seluas 118 juta hektar di seluruh negara pada tahun ini, yang memperlihatkan peningkatan 0.7 peratus atau 863,333 hektar berbanding tahun lalu sehingga secara tidak langsung mewujudkan pertumbuhan untuk dua tahun berturut-turut.

Sementara itu, kapasiti pengeluaran bahan makanan pada 2021 pula adalah sebanyak 5,805 kilogram bagi setiap hektar, meningkat 72 kilogram bagi setiap hektar, atau 1.2 peratus berbanding pada 2020.

高蕾