"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang

2021-12-06 16:12:44  CRI
Share with:

Sempena Persidangan Antarabangsa "Understanding China" 2021 di Guangzhou pada 1 hingga 4 Disember lalu, ratusan tetamu dari dalam dan luar China telah menyertainya untuk membincangkan situasi China pada masa lalu, sekarang dan yang akan datang.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134933345

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134933736

Dalam tempoh persidangan itu, para tetamu telah diajukan tiga soalan dan berikut merupakan rangkuman jawapan masing-masing.

Soalan: Apakah kunci China ketika mencipta keajaiban dalam pembangunannya?

Jawapan:

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134934186

Pengerusi Institut Inovasi dan Strategi Pembangunan China, Zheng Bijian

Parti Komunis China (PKC) bijak dalam mempelajari pengalaman daripada sejarah termasuk kejayaan dan kegagalan.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134934690

Naib Pengerusi Institut Inovasi dan Strategi Pembangunan China, Xu Weixin

Dalam tempoh lebih 40 tahun lalu, di bawah kepimpinan PKC, kita (China) mempunyai rangka tindakan yang lebih bersasar dan tersusun, serta rakyat turut bersatu hati dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134935171

Naib Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Setiausaha Institut Pembaharuan Sistem Ekonomi China, Zhao Ai

Pembangunan pesat di China berjaya dilaksanakan menerusi tiga faktor iaitu mengekalkan pimpinan PKC, konsep pembangunan yang berpaksikan rakyat serta dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134935628

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134936141

Pengarah Institut Pembangunan Sosial Nasional, Akademi Sains Sosial China (CASS), Zhang Yi

Resipi kejayaan China terletak pada motivasi rakyat mengejar kehidupan lebih baik menerusi kerja keras, yang disepadukan dengan dasar kerajaan serta usaha Parti Komunis China (PKC) yang sentiasa komited terhadap misi asalnya.

Sementara itu, sistem ekonomi China telah mengalami transformasi dan konsep ekonomi pasaran sosialis pula menjadi sebati dengan rakyat.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134936570

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134937316

Pengerusi Institut Inovasi Pendidikan China Universiti Perguruan Beijing, Profesor Liu Jian

Sistem pendidikan wajib sembilan tahun di China menawarkan peluang sama rata kepada rakyat China untuk memperoleh pendidikan asas yang baik, sekali gus banyak mendorong pembangunan sosioekonomi China. 

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134937808

William N.Brown, profesor Institut Pengurusan Universiti Xiamen (XMU)

Berkhidmat selama 30 tahun di XMU, beliau berpendapat bahawa sistem yang dilasanakan di China adalah praktikal dan sangat cekap termasuk dalam tadbir urus politiknya yang berpandangan jauh serta sokongan dan perjuangan padu dalam kalangan rakyat.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134938271

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134938953

Tetsuro Homma, Naib Presiden Global Kumpulan Panasonic

Kunci kejayaan China terletak pada kelajuan pembangunan China dan hanya individu yang pernah menjejakkan kaki ke China sahaja akan merasai kelajuan yang dimaksudkan.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134939449

Presiden Tabung kerjasama Amerika Syarikat-China, John Milligan Whyte

China mempunyai barisan kepimpinan yang tepat dan diikuti dengan seluruh negara yang berkembang di landasan tepat.

Faktor China mencapai kejayaan ekonomi yang begitu besar juga adalah kerana melaksanakan prinsip kehidupan bersama secara damai.

Soalan: Bagaimanakah China berurusan dengan dunia selepas menjadi semakin maju?

Jawapan:

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134940041

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134940636

Mantan Presiden Muzium Istana Kuno dan Pengerusi Akademi Warisan Budaya China, Shan Qixiang

Budaya tradisional China dan jalan pembangunan yang tepat yang terbukti berjaya perlu dikekalkan, sementara dialog dengan masyarakat antarabangsa secara sama rata perlu terus dijalankan.

Kita (China) juga perlu menghidupkan suasana untuk dialog itu, membentangkan cerita kejayaan China dan memperkenalkan tamadun China dengan cara yang boleh difahami dunia luar.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134941241

Ketua Institut Pengajian Peringkat Tinggi Global dan China Kontemporari di bawah The Chinese University of Hong Kong di Shen Zhen, Zheng Yongnian

China adalah pemelihara, pembina, penyokong dan juga pencipta kedamaian dunia.

Justeru, China juga perlu membuktikan kepada dunia bahawa China adalah sebuah negara bertamadun baharu.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134941878

Pengarah Institut Pembaharuan Perbandaran Huaqin di Shenzhen, He Qianming

Pada masa lalu, China berusaha menyesuaikan diri dengan peraturan antarabangsa yang sedia ada untuk memasuki sistem dunia.

Kini, China perlu aktif menyertai penyusunan semula peraturan dan sistem antarabangsa.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134942335

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134942793

Pengurus Syarikat Kejuruteraan No.5 CR20G, Zhang Yunfei

Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China merupakan sebuah platform yang amat berkesan dan membuahkan hasil.

China dan negara lain akan dihubungkan dengan lebih rapat melalui pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134943369

Gordon Brown, bekas Perdana Menteri Britain

Ucapan Presiden Xi Jinping telah memberikan ilham kepada kita bahawa adalah penting untuk membentuk komuniti berkongsi kepentingan di dunia.

Justeru, sasaran kita sepatutnya adalah mengetepikan perbezaan dalam ideologi dan sistem sosial serta sikap jumud.

Maka, saya amat bersetuju dengan kesediaan berusaha bersama-sama walaupun adanya banyak perselisihan antara pelbagai negara.

Soalan: Apakah prospek pembanguan China pada 30 tahun akan datang?

Jawapan:

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134943865

Pengerusi Institut Penyelidikan Sumber Tenaga, Persekitaran dan Ekonomi Universiti Tsinghua, Zhang Xiliang

China ketika itu akan menjadi peneraju dalam tadbir urus perubahan iklim sejagat tidak kira sama ada sebagai peserta mahupun penyumbang, sekali gus menyaksikan teknologi karbon rendah dan industri yang berkaitan di China akan menjadi lebih berdaya saing.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134944478

Ketua Pengarah Syarikat Bahan Binaan dan Bahan Fotoelektrik China di Chengdu, Pan Jingong

Setelah CdTe, sejenis bateri solar, digunakan oleh China dalam pembinaan bangunan, pencemaran cahaya tidak akan berlaku lagi, dan mungkin China akan meneroka dunia yang serba baharu. 

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134944942

Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan Pendidikan Institut Inovasi dan Strategi Pembangunan China, Wang Yihong

Dari aspek pendidikan, China pada masa depan akan menekankan kehormatan dan keprihatinan kepada setiap orang dan memenuhi keperluan setiap pelajar mengikut kebolehan masing-masing.

"Understanding China", Memahami China Dulu, Kini dan Akan Datang_fororder_20211205134945531

Wakil Kumpulan AGC Jepun ke China, Toshihiro Ueda

Isu neutral karbon atau makmur bersama adalah cabaran bersifat sejagat. Diharapkan agar ketika itu China akan dapat mengeluarkan cadangan penyelesaiannya kepada dunia iaitu tatkala matlamat pembangunan “Seratus Tahun” yang kedua direalisasikan di China.

曹捷