Demokrasi Jadi Penipuan Andai Tidak Sejahterakan Rakyat

2021-12-06 11:44:27  CRI
Share with:

Demokrasi Jadi Penipuan Andai Tidak Sejahterakan Rakyat_fororder_181814622

Kedegilan Amerika Syarikat (AS)  untuk menjajakan demokrasinya ke serata dunia membawa kesengsaraan teruk kepada negara berkenaan termasuk Iraq, Afghanistan dan negara-negara Afrika serta Amerika Latin.

Demikian ujar Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong ketika berucap dalam majlis perasmian Forum Antarabangsa “Demokrasi: Nilai Sejagat Umat Manusia” yang berlangsung pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan AS tanpa mengambil kira perbezaan dari segi sejarah dan keadaan pelbagai negara turut menjejaskan keamanan dan kestabilan dunia.

Demokrasi Jadi Penipuan Andai Tidak Sejahterakan Rakyat_fororder_2093438614

Tambah beliau, sama ada demokrasi diamalkan di sesebuah negara atau tidak perlu dinilai rakyat negara itu sendiri, dan bukannya oleh segelintir individu dari negara lain. Pandangan ini kini menjadi konsensus makin ramai tokoh dari seluruh dunia.

Beliau juga menegaskan bahawa demokrasi bukanlah suatu perhiasan, tetapi perlu dapat berfungsi. Demokrasi akan menjadi satu penipuan sahaja sekiranya gagal menyejahterakan rakyat, biarpun ia dihiasi dengan kata-kata manis.

张哲