China Komited Kekal Kemampanan Ekonomi

2021-12-07 11:18:10  CRI
Share with:

Konsep pembangunan baharu perlu dilaksanakan secara holistik, tepat dan menyeluruh bagi menjamin perkembangan ekonomi yang mampan pada tahun depan.

Tuntutan itu dibuat dalam mesyuarat Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping pada Isnin.

Menurut mesyuarat itu, selain mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu, beberapa usaha juga perlu diperkasakan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara ini kekal pada julat munasabah.

Ia termasuk mempergiat pembaharuan dan pintu terbuka secara menyeluruh, memacu usaha inovasi, melaksanakan pembendungan wabak COVID-19 secara bersepadu, dan terus menambah baik kehidupan rakyat.

张哲