Sukan Olimpik Bukan Pentas Mainan Politik

2021-12-07 17:01:09  CRI
Share with:

Cubaan Amerika Syarikat (AS) mengganggu Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 berdasarkan prejudis ideologi dan dusta yang direka-reka mendedahkan muslihatnya, selain merosakkan reputasi negara itu sendiri, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian dalam taklimat media hari ini.

Menyentuh tentang pengumuman AS bahawa pihaknya tidak akan menghantar perwakilan diplomasi dan kerajaan ke temasya sukan tersebut, Zhao berkata, amalan AS itu membelakangi prinsip keneutralan politik yang termaktub dalam Piagam Olimpik serta moto Olimpik “lebih bersatu”.

Tambah beliau, Sukan Olimpik Musim Sejuk bukan pentas untuk membuat pertunjukan dan mainan politik.

Beliau menggesa AS menghentikan tindakan mempolitikkan sukan serta perbuatan yang menjejaskan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing.

张哲