AS Tiada Hak Monopoli Piawaian Demokrasi

2021-12-07 12:12:52  CRI
Share with:

Sistem demokrasi Amerika Syarikat (AS) lahirnya daripada amalan negara itu sendiri. Ia memang unik, namun tidak boleh digunakan secara universal.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, AS tidak berhak untuk memonopoli piawaian demokrasi, mahupun melobi pembentukan sebuah persekutuan serta menghasut perpecahan dan konfrontasi dengan dalih "demokrasi".

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bertajuk “Keadaan Demokrasi AS” yang disiarkan menerusi laman web kementerian itu pada Ahad.

Menurutnya, demokrasi adalah nilai sejagat yang dikongsi seluruh umat manusia. Ia adalah hak untuk semua negara, bukanlah satu prerogatif untuk mana-mana negara tertentu.

“Sejak sekian lama, AS membanggakan dirinya sebagai mercu suar demokrasi dan model demokrasi tanpa menghiraukan kelemahan struktur dan amalan bermasalah yang wujud dalam sistem demokrasinya.

“Negara itu tidak menghentikan cubaan mencampuri hal ehwal dalaman negara lain secara sewenang-wenangnya, bahkan melancarkan perang di luar negeri, hingga mencetuskan pergolakan serantau dan bencana kemanusiaan.

"Perbuatan seumpama turut mengundang kritikan pedas daripada masyarakat antarabangsa,” ujar Zhao.

 

周乔西