Bantah Politikus Jepun Ziarah Yasukuni Jinja

2021-12-08 11:02:32  CRI
Share with:

China membantah keras penziarahan hampir seratus politikus Jepun ke Yasukuni Jinja bersempena ulang tahun ke-80 “Peristiwa Pearl Harbor”, dan menyifatkan tindakan itu sengaja mahu membangkitkan provokasi.

Jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian dalam taklimat media pada Selasa berkata, Perang Pasifik tercetus apabila Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas Pearl Harbor pada 7 Disember 80 tahun lalu. Politikus Jepun memilih menziarahi Yasukuni Jinja pada hari yang istimewa itu ternyata mempunyai niat tertentu.

“Yasukuni Jinja merupakan alat dan simbol spiritual untuk penganut faham ketenteraan Jepun melancarkan perang pencerobohan terhadap negara lain, malah memuja 14 orang penjenayah perang kelas A.

“Penziarahan politikus Jepun ke Yasukuni Jinja sekali lagi mencerminkan sikap salah pihak Jepun terhadap sejarah pencerobohan sendiri,” kata jurucakap itu.

张哲