Biden, Putin Adakan Pertemuan Maya

2021-12-08 11:18:21  CRI
Share with:

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengadakan pertemuan secara maya dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin bagi membincangkan isu Ukraine.

Demikian dimaklumkan Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan dalam sidang media pada Selasa.

Sullivan berkata, AS akan menyediakan kelengkapan pertahanan tambahan kepada Ukraine, dan mempertingkat kekuatan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di barisan timur bagi menghadapi konflik meruncing.

Kremlin dalam satu kenyataan pula berkata, kedua-dua pihak bersepakat bahawa Perjanjian Minsk yang dimeterai pada 2015 merupakan satu-satunya asas bagi penyelesaian isu Ukraine, namun pelaksanaanya gagal mencapai kemajuan ketara.

Mengenai hubungan dua hala pula, pemimpin kedua-dua negara menganggap kerjasama AS-Rusia pada masa ini kurang memuaskan, dan misi diplomatik menghadapi kesulitan ketika menjalankan tugasan.  

张哲