China Salur Bantuan Semampu Mungkin kepada Afghanistan

2021-12-08 13:04:13  CRI
Share with:

Selaku jiran dan rakan sejati bagi Afghanistan, China sentiasa menyalurkan bantuan semampu mungkin kepada negara itu dalam usaha pembinaan semula secara damai dan pembangunan sosioekonomi, kata jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian pada Selasa.

Sebelum ini, pegawai Afghanistan mengesahkan bahawa 1 juta dos vaksin COVID-19 dan 1.6 juta picagari yang disumbangkan China telah dihantar ke Kabul pada pagi Isnin.

Sehubungan itu, Zhao berkata China menggerakkan penyaluran bantuan kemanusiaan kecemasan bernilai RMB200 juta (RM132.87 juta) kepada Afghanistan mengikut keperluan rakyat negara itu. Vaksin dan picagari adalah sebahagian daripada bantuan berkenaan.

Selain itu katanya, China akan menghulurkan sumbangan makanan bernilai RMB30 juta (RM19.93 juta) kepada Afghanistan untuk membantu rakyat negara itu mengharungi musim sejuk.

Beliau turut mengulangi seruan supaya masyarakat antarabangsa memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan kepada Afghanistan.

 

周乔西