WHO: Omicron Kini di 57 Buah Negara dan Kawasan

2021-12-08 14:02:51  CRI
Share with:

Dalam laporan mingguan wabak COVID-19 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa, kes baharu di dunia yang dicatatkan pada minggu lalu telah melebihi 4.1 juta.

Menurut laporan itu lagi, kes kematian pula telah melangkaui 52 ribu, iaitu meningkat 10 peratus berbanding minggu sebelumnya.

Manakala, kes baharu yang dikesan di benua Afrika turut menambah 79 peratus, sementara kes kematian di rantau Asia Tenggara meningkat 49 peratus.

Menyentuh mengenai varian Omicron, WHO memberitahu bahawa kini ia sudah terdapat di 57 buah negara dan kawasan, serta kebanyakan jangkitan adalah berkaitan dengan aktiviti pelancongan.

Dalam pada itu, daripada 899,935 sampel urutan genom virus yang dikumpul dalam tempoh 60 hari lalu, 99.8 peratus merupakan varian Delta, dan Omicron pula hanya menempati 0.1 peratus iaitu sebanyak 713 kes.

Jelas WHO lagi, virus yang merebak di kebanyakan negara pada masa ini adalah varian Delta, terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat selain turut memaklumkan pihaknya masih belum dapat memastikan pengaruh varian Omicron pada peringkat global.

曹捷