Bank Rakyat China Turunkan Nisbah Rizab Deposit

2021-12-08 14:01:47  CRI
Share with:

Bank Rakyat China memutuskan untuk menurunkan nisbah rizab deposit institusi kewangan sebanyak 0.5 mata peratus mulai 15 Disember ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin,  pelaksanaan langkah tersebut adalah bersifat komprehensif dan akan melibatkan dana jangka panjang sekitar RMB1.2 trilion (RM795 bilion).

Difahamkan, langkah tersebut adalah bertujuan untuk memperkukuh pengawalan kitaran silang (cross-cyclical), mengoptimumkan struktur dana institusi kewangan, meningkatkan kemampuan perkhidmatan kewangan dan membantu ekonomi sebenar dengan lebih baik.

曹捷