Bach Puji CMG Semarakkan Semangat Kesukanan

2021-12-09 12:45:03  CRI
Share with:

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memuji usaha Kumpulan Media China (CMG) untuk menyemarakkan semangat Olimpik menerusi pengendalian saluran TV berkenaan.

Presiden IOC, Thomas Bach dalam perutusan kepada Presiden CMG, Shen Haixiong, berkata bahawa beliau sendiri gembira melihat saluran TV Olimpik tersebut mendapat perhatian ramai terutama di kalangan audiens China sejak ia dilancarkan pada 25 Oktober.

Bach berjanji, pihaknya akan terus memberi sokongan padu kepada siri aktiviti anjuran CMG bersama Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 (BOCOG) dan Jawatankuasa Olimpik China untuk temasya berprestij dunia itu. 

Pada masa ini, saluran itu meliputi 31 provinsi, wilayah autonomi dan bandaraya di seluruh negara, dengan hampir 300 juta pengguna perkhidmatan Televisyen Protokol Internet (IPTV) dan 146 juta pengguna rangkaian kabel.

董筱娉