Cerita Kashgar: Hot Pot Pedas dan Cinta

2021-12-09 10:58:57  CRI
Share with:

Kashgar, Xinjiang merupakan tempat penting dari segi pengangkutan sepanjang Laluan Sutera Kuno oleh saudagar dari dalam dan luar negara China sejak zaman purba.

Di samping itu, Kashgar juga antara kota terkenal dengan kebudayaannya dan sejarah peringkat negara dengan memperlihatkan elemen seperti adat resam, kebudayaan, kesenian, seni bina bangunan dan kaedah ekonomi tradisional etnik Uygur.

Kashgar terletak di tenggara wilayah Xinjiang, bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan. Menurut keputusan bancian kebangsaan ketujuh 2020, jumlah penduduk tetap di Kashgar melebihi 4.49 juta orang.

Lei Fuyun, tauke restoran Ma La Tang di Kota Kuno Kashgar. Beliau mencari rezeki di Kashgar pada Februari 2017, dan mengenali Malika, gadis etnik Uygur pada Mac. Pada pandangan Lei Fuyun, pertemuan dengan Malika merupakan takdir, iaitu konsep tradisi orang Cina.

张宪