Ubat Meneutralkan Antibodi Koronavirus Baharu Pertama China Diluluskan

2021-12-09 12:09:20  CRI
Share with:

Permohonan pendaftaran dua jenis ubat rawatan meneutralkan antibodi koronavirus baharu, iaitu cecair suntikan BRII-196 dan BRII-198 oleh Teknologi Perubatan Tengshenghuachuang Sdn Bhd (Beijing), anak syarikat Brii Biosciences, diluluskan Jabatan Pengawalan dan Penyeliaan Perubatan Negara (NMPD), semalam.

Difahamkan, ia merupakan kali pertama bagi ubat rawatan meneutralkan antibodi koronavirus baharu diluluskan untuk mempunyai hak cipta intelek sendiri.

Menurut perincian dalam “Undang-undang Kawalan Perubatan”, kedua-duanya boleh digunakan untuk merawat kes COVID-19 bagi pesakit dewasa serta remaja (12-17 tahun dengan berat sama atau lebih daripada 40kg).

Walau bagaimanapun, bagi kategori remaja, kelulusan akan diberikan secara bersyarat.

张宪