China, Iceland Rai Jubli Emas Jalinan Diplomatik

2021-12-09 11:00:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Iceland, Gudni Johannesson saling mengutus kawat tahniah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada Rabu.

Xi menyatakan, kerjasama pragmatik antara China dan Iceland mencapai hasil positif yang membawa limpahan manfaat kepada rakyat sepanjang 50 tahun lalu.

Beliau menyuarakan kesediaan untuk bersama-sama Presiden Johannesson terus memajukan hubungan China-Iceland berdasarkan prinsip saling menghormati dan saling menguntungkan.

Johannesson pula menyatakan, Iceland dan China menjalin persahabatan kukuh serta kerjasama erat dalam bidang perdagangan, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan penyelidikan saintifik.

Beliau berharap kedua-dua pihak dapat mengekalkan dialog dan komunikasi rapat, dan seiringan ke arah masa depan dua negara yang lebih makmur, bahagia dan selamat.

梁靓