Kuliah Pertama Stesen Angkasa Lepas China Berjaya

2021-12-10 13:58:49  CRI
Share with:

"Kuliah Pertama Tiangong" telah diadakan pada pukul 3.40 petang Khamis, lapor Jabatan Kejuruteraan Agensi Angkasa Lepas Bermanusia China.

Dimaklumkan, kuliah pertama di stesen angkasa lepas China itu dijalankan oleh angkasawan Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu kepada golongan belia.

Kuliah Pertama Stesen Angkasa Lepas China Berjaya_fororder_tg

Pada kuliah selama 60 minit itu, tiga orang angkasawan China berkesempatan untuk memperincikan tugas dan kehidupan di angkasa, mempamerkan uji kaji sitologi dalam persekitaran graviti mikro, gerakan manusia, tegangan permukaan cecair, serta menjelaskan prinsip saintifik uji kaji.

Kuliah Pertama Stesen Angkasa Lepas China Berjaya_fororder_tg2

Kuliah terbabit disiarkan langsung dengan sejumlah 1,420 wakil pelajar di Beijing, Nanning, Wenchuan, Hong Kong dan Macao terlibat.

Kuliah Pertama Stesen Angkasa Lepas China Berjaya_fororder_tg3

"Kuliah Tiangong" akan giat menyebar luas pengetahuan dan kebudayaan penerbangan bermanusia ke angkasa lepas di samping mengadakan pendidikan dengan isi kandungan yang banyak dan pelbagai bentuk.

Kuliah Pertama Stesen Angkasa Lepas China Berjaya_fororder_tg4

高蕾