Nicaragua Putus "Hubungan Diplomatik" dengan Taiwan

2021-12-10 14:16:05  CRI
Share with:

China menghargai keputusan Nicaragua menamatkan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan.

Seorang jurucakap Kementerian Luar berkata, pilihan itu adalah sejajar dengan arus sejarah serta aspirasi seluruh rakyat.

China dan Nicaragua menyambung semula hubungan diplomatik peringkat duta besar selepas dimeterainya pengumuman bersama mengenai pemulihan ikatan berkenaan hari ini.

Nicaragua berjanji akan mematuhi prinsip satu China, dan menghentikan sebarang bentuk hubungan rasmi dengan Taiwan.

China bersedia terus mengintensifkan kerjasama dengan Nicaragua dalam pelbagai bidang berpandukan "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai", sekali gus membawa limpahan faedah kepada rakyat kedua-dua negara.

 

周乔西