Jalin Ikatan Diplomatik dengan China, Arus Perdana Sezaman

2021-12-10 16:29:53  CRI
Share with:

China mengalu-alukan Nicaragua menamatkan "hubungan diplomatik" dengan Taiwan dan memulihkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China.

Demikian dinyatakan Ahli Dewan Negara China merangkap Menteri Luar, Wang Yi kepada wartawan selepas pertemuan maya dengan rakan sejawatnya dari Nicaragua, Denis Moncada hari ini.

Beliau berkata Nicaragua menjadi negara ke-181 yang menjalinkan ikatan diplomatik dengan China. Penjalinan dan pemulihan ikatan diplomatik dengan China merupakan arus perdana sezaman yang tidak dapat dihalang.

Beliau turut menegaskan bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah daripada China, dan Republik Rakyat China adalah satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini.

张哲