China Penyumbang Kemajuan Hak Asasi Dunia

2021-12-12 16:31:31  CRI
Share with:

China telah mencapai kemajuan luar biasa dalam pembangunan hak asasi dan pasti akan memberi sumbangan lebih besar kepada usaha serupa seluruh dunia.

Demikian pandangan peserta simposium bertemakan demokrasi rakyat seluruh proses dan perlindungan hak asasi sosialis bercirikan China yang diadakan secara hibrid di Beijing pada Sabtu.

Penasihat Persatuan Pengajian Hak Asasi Manusia China (CSHRS), Chen Shiqiu berkata, pembangunan hak asasi China bukan sahaja memberi limpahan faedah kepada rakyatnya, malah menyumbang kepada kemajuan hak asasi antarabangsa.

Menurutnya, China sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam kempen hak asasi antarabangsa yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Selain itu, China terlebih dahulu mengetengahkan konsep hak asasi berasaskan hak kehidupan dan pembangunan, sementara menentang pempolitikan serta amalan dwistandard dalam isu berkenaan, sekali gus meraih pengiktirafan dan sahutan meluas daripada negara-negara membangun.

 

周乔西