Hari Sukan Olimpik Musim 2022 di New York

2021-12-13 11:58:03  CRI
Share with:

Hari Sukan Olimpik Musim 2022 di New York_fororder_aec379310a55b319eb044db532f1122fcdfc17d6

Aktiviti Hari Kebudayaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang bertemakan “Together for a Shared Future” anjuran Jabatan Konsulat Jeneral China di New York telah diadakan di Taman Botani Pusat Budaya Snug Harbor Staten Sabtu lalu.

Selain kira-kira 30 keping gambar pameran yang memperlihatkan venue, acara sukan dan perkembangan persiapan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, persembahan permainan muzik, silat Wushu dan Taichi juga berperanan sebagai tarikan bagi pengunjung.

Konsul Jeneral China di New York, Huang Ping menyatakan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan diadakan di sebalik penularan wabak COVID-19 dan usaha menyahut cabaran besar daripada perubahan iklim. Sehubungan itu, semangat Olimpik yang mengutamakan keamanan, saling menyokong dan bersatu padu merupakan sangat mustahak. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 merupakan satu lagi peluang untuk meningkatkan persefahaman antara China dengan Amerika Syarikat (AS).

Pemangku Ketua Taman Botani Snug Harbor menyatakan bahawa Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing pasti akan mencapai kejayaan.

张宪