Majlis Peringatan Kebangsaan bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Diadakan

2021-12-13 15:03:19  CRI
Share with:

Majlis Peringatan Kebangsaan bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Diadakan_fororder_1128158138_16393690238571n

Majlis peringatan kebangsaan China tahun 2021 bagi mangsa pembunuhan beramai-ramai Nanjing telah diadakan di bandar Nanning pagi tadi. Anggota Biro Politik Jawantakuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Naib Perdana Menteri, Sun Chunlan menghadiri majlis itu dan menyampaikan ucapan.

Majlis Peringatan Kebangsaan bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Diadakan_fororder_1128158138_16393690238611n

Sun menyatakan bahawa majlis kebangsaan yang agung ini diadakan untuk memperingati mereka yang tidak berdosa yang terkorban dalam pembunuhan itu, mereka yang dibunuh penceroboh Jepun, pahlawan bangsa yang terkorban demi kemenangan perang rakyat China menentang penceroboh Jepun. Pendirian dan hasrat rakyat China adalah mengambil iktibar daripada sejarah, memperjuangkan masa depan serta terus menempuh jalan pembangunan secara damai.

Majlis Peringatan Kebangsaan bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Diadakan_fororder_1128158138_16393690238631n

Menurut beliau, tahun ini ulang tahun ke-100 PKC. Kejayaan rakyat China di bawah pimpinan PKC yang tercapai dalam seratus tahun lalu merupakan sentosa yang terbesar bagi mereka yang terkorban dalam peperangan. Rakyat China akan terus bersatu-padu di bawah pimpinan PKC yang berteraskan Xi Jinping memulakan kemaraan baharu untuk menyumbang kepada usaha merealisasikan matlamat 'Seratus Tahun' yang kedua dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa.

Majlis Peringatan Kebangsaan bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Diadakan_fororder_1128158138_16393702631461n

Selepas berakhirnya ucapan Sun, 84 orang remaja Nanjing kelihatan mula membaca Perisytiharan Damai, dan seterusnya 3,000 ribu ekor merpati kelihatan dilepaskan terbang bebas seiring dengan tiga bunyi 'loceng damai' yang dipukul 6 wakil masyarakat.  

Majlis Peringatan Kebangsaan bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing Diadakan_fororder_1128158138_16393690238661n

曹捷