Ujian “Full Element” Dijalankan di Kampung Olimpik Musim Sejuk 2022

2021-12-13 11:37:33  CRI
Share with:

Ujian “Full Element” Dijalankan di Kampung Olimpik Musim Sejuk 2022_fororder_dongao.JPG

Kampung Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 berhampiran dengan gunung ganang di daerah Yanqing, bandar Beijing.

30 buah delegasi dan sebuah kumpulan peninjau yang terdiri daripada kira-kira 360 orang telah tiba kampung tersebut Sabtu lalu untuk menjalankan ujian “full element”.

Ujian “Full Element” Dijalankan di Kampung Olimpik Musim Sejuk 2022_fororder_0adb253cad8b4f9e8fb7d1cb8bfc0b07

Terdapat kira-kira 1,100 orang kakitangan dilaporkan bertugas dalam pelbagai kerja ujian tersebut yang merangkumi perkhidmatan penginapan, katering, perniagaan dan pengambilan sampel ujian asid nukleik.

Kemudahan kantin, klinik, kedai runcit cendermata berlogo, pusat senaman dan hiburan, bank, café, kedai bunga dan pameran kebudayaan tradisional boleh didapati dalam Kampung Olimpik yang terdiri daripada zon penginapan, zon lapangan dan zon operasi itu.

Acara ski alpine, kereta geluncur, skeleton dan gelongsor bakal berlangsung di Zon Pertandingan Yanqing sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.

Ujian “Full Element” Dijalankan di Kampung Olimpik Musim Sejuk 2022_fororder_86a2bbb371984b449f0445961963d741

Ketua Setiausaha Pasukan Operasi Venue Kampung Sukan Olimpik dan Paralimpik Musim Sejuk 2022 di Yanqing, Yan Han memaklumkan bahawa latihan simulasi untuk lebih 70 acara telah diadakan dalam ujian kali ini supaya dapat terus menyempurnakan agenda operasi dan langkah menangani kecemasan semasa berlangsungnya temasya sukan.

Kampung Olimpik tersebut dijangka akan dibuka pada 23 Januari tahun depan, dan beroperasi 24 jam selama 53 hari hingga 16 Mac 2022 yang menyaksikan penutupan temasya Sukan Olimpik, dan akhirnya diubahsuai menjadi hotel percutian.

张宪