Menyangkal Fitnah “Buruh Paksa di Xinjiang” dengan Fakta

2021-12-13 14:18:24  CRI
Share with:

Kerajaan Wilayah Autonomi Xinjiang mengadakan sidang media untuk membantah fitnah tentang apa yang disebut “buruh paksa” yang direka-reka kem Barat di bandar Urumqi semalam. Para peserta termasuk pakar, sarjana dan wakil dari pelbagai kalangan masyarakat yang berbilang kaum telah membentangkan fakta mengenai pelbagai hak milik penduduk Xinjiang yang pelaksanaannya terjamin.

Pembawa acara sidang media itu, Hu Zhichun mengatakan bahawa Amerika Syarikat melaksanakan sekatan terhadap kapas, tomato dan sektor tekstil Xinjiang dengan dalih terwujudnya “buruh paksa” di wilayah itu. Tujuan sebenarnya adalah untuk mengekang perkembangan yang stabil di Xinjiang sekali gus mencabuli hak hidup, pengambilan pekerjaan dan pembangunan penduduk pelbagai etnik di Xinjiang.

Naib Presiden Universiti Perguruan Xinjiang, Gulipali Abudula dalam sidang media itu menyatakan bahawa dakwaan kem Barat mengenai berlakunya apa yang disebut 'genosid terhadap etnik Uygur' di Xinjiang sama sekali tidak masuk akal, dan sudah mengundang persoalan dan bantahan dari kalangan undang-undang, akademik dan media masyarakat antarabangsa. Di mata sarjana etnik minoriti ini,  khabar angin yang sudah membelakangi hati nurani insan itu terlalu keji.

Persatuan Pereka Pakaian Fesyen Xinjiang pernah menawarkan latihan di kawasan selatan Xinjiang untuk membantu pekerja dalam bidang berkaitan meningkatkan teknik sekali gus membantu mereka menjana pendapatan. Naib Pengerusi persatuan itu, Gao Hui mengatakan bahawa muslihat kuasa asing yang memutarbelitkan keadaan perkembangan sektor kapas dan tekstil yang sebenar di Xinjiang adalah tidak diterima.

曹捷