Penanaman Pokok Secara Sukarela China Langkau 78 Bilion Batang Pokok

2021-12-13 13:49:17  CRI
Share with:

Penanaman Pokok Secara Sukarela China Langkau 78 Bilion Batang Pokok_fororder_1434730801

Sejumlah 17.5 bilion penduduk di seluruh China direkod mengambil bahagian dalam kempen penanaman pokok secara sukarela dan lebih daripada 78 bilion pokok berjaya ditanam  dalam tempoh 40 tahun lalu.

"Resolusi Menjalankan Kempen Penanaman Pokok Sukarela Kebangsaan" diluluskan dalam sidang ke-4 Kongres Rakyat Kebangsan China ke-5 pada hari ini(13 Dis) 40 tahun yang lalu,

Menurut resolusi tersebut, ia secara tidak langsung menjadikan penanaman pokok sebagai satu kewajipan bagi setiap warganegara yang cukup umur dan sejak dari itu juga, rakyat China aktif mengambil bahagian dalam tersebut sehingga membuahkan hasil cemerlang sepanjang empat dekad lalu.

Ia sekali gus memberikan sumbangan yang besar dalam menghadapi perubahan iklim, membina tamadun ekologi dan mewujudkan China yang lebih indah.

Penanaman Pokok Secara Sukarela China Langkau 78 Bilion Batang Pokok_fororder_1671943473

Pengarah Jabatan Perlindungan dan Pemuliharaan Ekologi Pentadbiran Perhutanan dan Padang Rumput Kebangsaan China, Zhang Wei menyatakan bahawa penanaman pokok secara sukarela oleh semua warganegara yang cukup umur telah menggalakkan pertumbuhan sumber hutan secara berkesan di negara ini.

"Kadar liputan hutan China berjaya ditingkatkan daripada 12 peratus pada awal 1980-an kepada 23.04 peratus pada masa ini, selain turut meningkatkan stok hutan simpanan daripada 9.028 bilion meter padu kepada 17.56 bilion meter padu.

"Ia sekali gus menjadikan China antara negara yang mewujudkan peningkatan sumber hutan paling besar dan kawasan hutan buatan paling meluas di dunia," jelas beliau.

Melalui penanaman pokok secara sukarela yang dijalankan secara berterusan, kadar liputan penghijauan di kawasan bandar meningkat daripada 10.1 peratus pada awal 1980-an kepada 41.11 peratus pada masa ini.

Manakala, kawasan penghijauan di taman per kapita pula meningkat daripada 3.45 meter persegi pada awal 1980-an kepada 14.8 meter persegi sekarang.

Menurut Zhang, untuk memudahkan penyertaan orang ramai dalam kempen penanaman pokok secara sukarela, pihaknya akan mempercepatkan pembinaan pelbagai jenis pangkalan penanaman pokok sukarela pada pelbagai peringkat.

Pada masa sama, pihaknya juga mempromosikan lapan jenis usaha wajar yang melibatkan penanaman pokok, pemupukan dan pengurusan, pemeliharaan dan penerimaan, penyumbangan dalam bentuk wang dan bahan serta perkhidmatan sukarela.

Zhang berkata, kaedah baharu secara maya turut dikembangkan antaranya "penanaman pokok di platform awan" untuk memudahkan orang ramai melibatkan diri dalam kempen tersebut.

覃淼