Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Afghanistan

2021-12-14 14:43:24  CRI
Share with:

Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Afghanistan_fororder_0b46f21fbe096b633d1563c9edab154deaf8acb9

Majlis penyerahan barangan bantuan kecemasan kumpulan kedua China kepada Afghanistan diadakan di Kabul pada Isnin dan disaksikan oleh Duta Besar China ke Afghanistan, Wang Yu serta Pemangku Timbalan Menteri Hal Ehwal Pelarian Kerajaan Sementara Afghanistan, Arsala Khan Haruti.

Bantuan Kemanusiaan China Tiba di Afghanistan_fororder_a8ec8a13632762d010d35a9248749af3503dc655

Pada majlis itu, Wang Yu menyifatkan masa kini sebagai fasa bersejarah bagi Afghanistan beralih daripada huru-hara kepada ketenteraman walaupun negara itu masih menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang ekonomi, masyarakat dan kehidupan rakyat.

Jelasnya, China selaku jiran, saudara serta rakan kongsi yang baik, juga sangat prihatin terhadap perkembangan di Afghanistan sejak sekian lama dan barangan bantuan musim sejuk yang meliputi 40 ribu baju sejuk dan 70 ribu selimut mencerminkan lagi keakraban antara rakyat kedua-dua negara.

"China akan terus memperkukuh kerjasama melibatkan pelbagai sektor dengan Afghanistan berdasarkan prinsip kesaksamaan dan saling menghormati, menyokong pembinaan semula ekonomi dan pembangunan secara bermandiri Afghanistan bagi memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Wang lagi.

Sementara itu,  Arsala Khan Haruti turut merakamkan penghargaan kepada China atas bantuan tersebut  dan berharap masyarakat antarabangsa memberikan sokongan yang sama seperti China kepada negaranya.

Tambah beliau, China memberikan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Afghanistan sejurus selepas penubuhan kerajaan sementara Afghanistan.

"Barangan bantuan musim sejuk ini akan diedarkan kepada rakyat Afghanistan yang memerlukan  agar mereka dapat mengharungi musim sejuk.

"Kami juga menyeru Amerika Syarikat dan negara Barat menarik balik pembekuan aset warga Afghanistan di luar negara dengan secepat mungkin supaya krisis kemanusiaan dan masalah ekonomi yang sedang dihadapi  Afghanistan  dapat diselesaikan," ujar beliau.

覃淼