Tokoh Pelbagai Negara Kritik 'Sidang Kemuncak Demokrasi'

2021-12-14 14:23:01  CRI
Share with:

Apa yang disebut “Sidang Kemuncak Demokrasi” anjuran Amerika Syarikat (AS) yang berakhir dalam kacau-birau baru-baru ini telah mengundang kritikan daripada sejumlah tokoh terkemuka dari pelbagai negara. Menurut pandangan mereka, sidang tersebut semata-mata lakonan anti-demokrasi yang dimainkan AS untuk menghasut perpisahan dan permusuhan.

Wakil tetap Rusia di Genava, Gennadiy Gatilov menyatakan bahawa dalam proses mengejar demokrasi dan hak asasi manusia, unsur keunikan kebudayaan dan nilai tradisional sosial perlu dipertimbangkan. Apa yang disebut sebagai “Kubu Demokrasi” sbenarnya mentaliti Perang Dingin yang akan berperanan terus membesarkan perselisihan antara negara.

Sebuah karangan terbitan Stesen Televisyen Turki dalam laman sesawangnya berbunyi bahawa yang menjadi sindiran adalah AS “semakin tidak demokratik” di mata warganegaranya dan penduduk Eropah.

Naib Pengerusi Kongres Pelajar Afrika Selatan, Buyile Matiwane menyatakan walaupun keadaan demokrasi negara sendiri sangat buruk, AS masih mengambil demokrasi sebagai alasan untuk mencampur tangan urusan dalaman negara lain, mencabuli kedaulatan negara lain, melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa dan hubungan antarabangsa.

Pengerusi Think Tank Siam, Thailand, Natee Taweesrifuengfung menyatakan apa yang disebut “Sidang Kemuncak Demokrasi” ketakdiran sia-sia kerana AS hanya bertujuan merancangkan “perniagaan” yang berkaitan geopolitik.

张宪