Risalah Pencegahan Wabak untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Edisi Kedua

2021-12-14 14:22:06  CRI
Share with:

Risalah Pencegahan Wabak untuk Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 Beijing edisi kedua telah diumumkan bersama oleh Jawatankuasa Sukan Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Sukan Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing semalam. Berbanding edisi pertama, edisi kedua ini mempunyai tambahan maklumat yang lebih terperinci yang berkaitan rapat dengan kepentingan pelbagai pihak terlibat dengan merangkumi sutikan vaksin, peraturan masuk sempadan, tempahan tiket penerbangan, ujian asid nukleik sebelum hari bertolak, jadual pertandingan dan pengendalian Kampung Olimpik secara tertutup, dan menunjukkan prinsip kuarantin yang lebih telus.

Pengarah Eksekutif Jabatan Sukan Olimpik IOC, Christophe Dubi menyatakan pihaknya telah bersama-sama Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing melakukan kerjasama dengan pakar yang bertaraf dunia dalam bidang kesihatan dan acara sukan dalam menetapkan langkah pencegahan wabak untuk memastikan temasya sukan ini berjalan lancar di Beijing.

Langkah pencegahan dan kawalan wabak akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perubahan situasi global sebelum dan semasa berlangsungnya temasya sukan.

张宪