Api Suci Sukan Olimpik Musim Sejuk Tiba di Shougang

2021-12-14 15:14:47  CRI
Share with:

Api Suci Sukan Olimpik Musim Sejuk Tiba di Shougang_fororder_sh

Api suci Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 telah tiba di Taman Shougang, Beijing semalam, dan turut diletakkan dalam pameran di ruang bawah Tasik Xiuchi.

Dimaklumkan, kerja-kerja membuat salji telah dimulakan di tapak Platform Lompat Ski Shougang pada Ahad, sekali gus menandakan bermulanya kempen logistik bagi acara papan luncur salji dan ski gaya bebas dalam temasya sukan tersebut. Jumlah pembuatan salji dilaporkan akan melebihi 10,000 tan.

Api Suci Sukan Olimpik Musim Sejuk Tiba di Shougang_fororder_sh2

Sementara itu, api suci juga akan dipamerkan lagi di tempat lain bagi menyemarakkan semangat khalayak ramai melibatkan diri dalam sukan ais dan salji serta menyokong Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Dimaklumkan lagi, larian obor sebagai satu tradisi akan diadakan di tiga kawasan pertandingan, iaitu pusat bandar Beijing, daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou pada 2 hingga 4 Februari nanti.

高蕾