China Sokong AfrikaTangkis Wabak

2021-12-14 13:02:13  CRI
Share with:

China akan mempercepat langkah dalam menghulurkan bantuan vaksin kepada Afrika untuk menyokong benua itu menangkis wabak COVID-19. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam.

Dimaklumkan, dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Ke-8 Forum Kerjasama China-Afrika yang berakhir kebelakangan ini, Presiden Xi Jinping mengumumkan bahawa China akan menambah bekalan 1 bilion vaksin kepada Afrika, antaranya 600 juta adalah percuma, dan 400 juta lagi dihasilkan melalui usahasama kedua-dua pihak.

Wen berkata, tambahan vaksin sebanyak sejuta dos telah diangkut ke Mozambique semalam, dan tambahan vaksin sebanyak sejuta dos akan diangkut ke Zimbabwe sedangkan tambahan sebanyak 400 ribu dos akan dihantar ke Niger pada masa terdekat. Sebelum ini, iaitu pada awal Disember 2021, China pernah menghantar tambahan vaksin kepada Somalia dan Gambia.

高蕾