Beijing 2022: Kemudahan OKU Jalani Pemeriksaan Pusingan Terakhir

2021-12-15 15:21:11  CRI
Share with:

Menjelang temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, pemeriksaan pusingan terakhir sedang dijalankan terhadap kemudahan bebas halangan untuk golongan Orang Kelainan Upaya(OKU) di venue pertandingan utama dan  lokasi bukan pertandingan yang terletak di Beijing, Yanqing dan Zhangjiakou, China.

Menurut laporan, usaha tersebut bertujuan untuk mengoptimumkan persekitaran bebas halangan pada venue, selain memenuhi keperluan operasi bebas halangan dengan kualiti yang tinggi semasa pertandingan berlangsung kelak.

Difahamkan, Jabatan Paralimpik Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing telah menjalankan pemeriksaan teliti terhadap semua kemudahan bebas halangan yang akan digunakan oleh atlet OKU termasuk pangsapuri atlet, restoran, gim dan pusat perubatan.

Menurut petugas jawatankuasa penganjur temasya itu, selain menjalankan pemeriksaan terhadap semua kemudahan bebas halangan, pihaknya juga akan mengoptimumkan dan memperkasa lagi kerja-kerja penyempurnaan dan penambahbaikan kemudahan berkenaan, pelan operasi serta piawaian perkhidmatan. 

胡星