Golongan Belia Dapat Manfaat Hasil Hubungan Baik China-Malaysia

2021-12-15 12:56:15  CRI
Share with:

Golongan Belia Dapat Manfaat Hasil Hubungan Baik China-Malaysia_fororder_20211214211536701

Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing menyatakan bahawa kerjasama antara China dan Malaysia, khususnya dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berjaya membuahkan hasil cemerlang.

Menurut beliau, Malaysia juga merupakan antara negara terawal yang menyokong serta mengambil bahagian dalam BRI, manakala projek Taman Berkembar Dua Negara dan Projek Laluan Rel Pantai Timur(ECRL)  dilihat telah menjadi projek mercu tanda kepada pembinaan bersama berkualiti tinggi BRI.

"Perkembangan hubungan China-Malaysia turut saling mewujudkan peluang berharga kepada golongan belia kedua-dua negara.

"Diharapkan, belia kedua-dua pihak dapat memperkukuh persefahaman, mempelajari antara satu sama lain, dan menjadi utusan persahabatan kalangan rakyat," ujar Ouyang lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya pada majlis perasmian kuliah BRI di Universiti Pengurusan dan Sains Malaysia (MSU) pada Selasa.

Acara secara hibrid tersebut turut diserikan dengan kehadiran Presiden Universiti MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd Shukri Ab Yajid, Pengerusi Jawatankuasa BRI Malaysia, Cai Baoqiang, perwakilan dari sektor perniagaan Malaysia, serta guru dan pelajar sekolah.

Sementara itu, Profesor Mohd Shukri turut merakamkan ucapan tahniah atas perasmian kuliah BRI selain menyampaikan penghargaan kepada Duta Besar Ouyang dan Kedutaan China di Malaysia atas keprihatinan dan sokongan yang diberikan.

Beliau berkata, sejak BRI dikemukakan, Malaysia telah melakar hasil yang memberangsangkan dalam pembinaan prasarana.

"BRI turut aktif menggalakkan pertukaran pendidikan dan kebudayaan, di samping  memperkukuh ikatan persahabatan rakyat Malaysia dan China.

"Kerjasama BRI dipercayai akan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," jelas Profesor Mohd Shukri.

覃淼