Lawatan Blinken Hanya Bawa Masalah ke Asia Tenggara

2021-12-15 14:48:15  CRI
Share with:

Lawatan Blinken Hanya Bawa Masalah ke Asia Tenggara_fororder_60105423_401

Ketika menyampaikan ucapan di Universiti Indonesia semalam, Setiausaha Negara Amerika, Antony Blinken mengulangi bahawa pihaknya membantu Asia dari sudut pembinaan infrastruktur dan vaksin serta turut memberikan jaminan keselamatan.

Kedengaran cukup baik bukan?

Tapi, ibarat pepatah sambil menyelam sambil minum, Blinken sempat juga ambil kesempatan untuk menghitamkan China! Propaganda yang di bawa beliau kali ini adalah kononnya kebimbangan terhadap tindakan Beijing yang bersifat menceroboh dikesan di seluruh Asia-Pasifik.

Mengapa Satria sebut ‘propaganda’? Satria berikan satu fakta yang patut semua orang tahu.

Umum mengetahui bahawa projek landasan kereta api China-Laos baru dirasmikan baru-baru ini bukan? Bagaimanapun, kerajaan Laos khusus menempatkan satu pasukan pemusnah bom di projek tersebut untuk menghapuskan ancaman dari lebih 80 juta bom yang ditinggalkan oleh tentara Amerika dalam Perang Vietnam.

Berbanding janji Blinken, landasan kereta api laju Jakarta-Bandung yang dibina dengan bantuan China telah siap 73% dan diharapkan dirasmikan pada tahun depan.

Manakala, lebih 80% vaksin yang digunakan di Indonesia disediakan dari China. Penggunaan vaksin Sinovac untuk kanak-kanak berumur 6-11 tahun juga telah dimulakan di negara itu semalam.

Tentang jaminan keselamatan Amerika, Jakarta juga mempunyai fahaman yang jelas. Indonesia merupakan negara pertama di ASEAN yang membantah AUKUS dan mengingatkan Australia komitmen mengenai kawalan nuklear dan kestabilan serantau.

Meskipun menghadapi pandemik, tapi lawatan peringkat tertinggi antara China dengan pelbagai negara Asia Tenggara semakin rapat dengan peluang sambutan ulang tahun 30 tahun terjalinnya hubungan dialog China-ASEAN.

Lebih dari itu, ASEAN juga direkodkan memintas Amerika dan Kesatuan Eropah menjadi rakan dagang terbesar China.

Baru-baru ini, tokoh besar AS pula turut melawat pelbagai negara ASEAN. Tapi lawatan Timbalan Presiden Kamala Harris dan Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin semuanya tidak melibatkan Indonesia yang menjadi negara pengerusi bergilir G20 terkini dan negara pengerusi bergilir ASEAN pada tahun 2023.

Tujuan lawatan Blinken ke Indonesia jelas untuk memulihkan hubungan. Tapi nampaknya selain selain penghitaman terhadap China, janji Blinken terhadap Indonesia dan rantau ini tetap seperti cakap kosong saja.

Hari ini Blinken akan melawat Malaysia dan seterusnya Thailand.

Antara ketiga-tiga negara tersebut, Indonesia dipuji sebagai negara demokratik yang terbesar di Asia Tenggara oleh Blinken, Malaysia diundang menyertai apa yang dikatakan “Sidang Kemuncak Demokrasi Dunia” tapi akhirnya menolak untuk hadir dan Thailand sama sekali tidak diundang.

Undangan dari Amerika sebenarnya mengibaratkan peranan negara itu rantau ini, hanya membawa masalah kepada negara-negara tempatan dan menjejaskan perpaduan serantau.

张弘