Pos Kerja Baharu 12.07 Juta pada Januari Hingga November

2021-12-15 15:55:28  CRI
Share with:

Jurucakap penerangan Jabatan Statistik Negara yang juga Ketua Jabatan Statistik Komprehensif Ekonomi Kebangsaan, Fu Linghui dalam sidang akhbar petang tadi memaklumkan bahawa ekonomi sebenar bertumbuh mantap seiring dengan operasi ekonomi kebangsaan yang terus pulih pada November lalu.

Menurut beliau, nilai industri yang berskala tertentu telah meningkat 3.8%, tambah 0.3% berbanding Oktober lalu di seluruh China.

Sementara itu, jumlah jualan runcit produk penggunaan sosial pula meningkat 3.9% berbanding masa yang sama tahun yang lalu, mencatat RMB4.1043 trilion (RM2.73 trilion), iaitu berkurang 1% berbanding Oktober lalu.

Selain itu, jumlah import dan eksport kargo pula meningkat 20.5% dengan nilainya menokok RMB3.7164 trilion (RM2.47 trilion). Lebihan perdagangan mencecah RMB460.7 bilion (RM306 bilion) ekoran jumlah import sebanyak RMB2.0885 trilion (RM1.39 trilion) yang meningkat 16.6%, dan eksport RMB1.6279 trilion (RM1.08 trilion) yang meningkat 26.0%.

Dalam konteks pengambilan pekerjaan pula, jumlah pos kerja bertambah 12.07 juta pada tempoh Januari hingga November yang telah melampaui matlamat jangkaan untuk tahun ini.

Di samping itu, kadar pengangguran mencatat 5% pada November, naik 0.1% berbanding Oktober lalu sementara turun 0.2% berbanding masa yang sama tahun 2020.

张宪