Lakonan Britain dalam Isu Hong Kong Sia-sia Saja

2021-12-16 15:40:19  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijiang menyatakan  bahawa Britain mengeluarkan lagi apa yang disebut “Laporan Isu Hong Kong Setengah Tahun” untuk memfitnah China dan menuding jari terhadap urusan Hong Kong. China menunjukkan bantahan tegas terhadap lakonan Britain itu, dan niatnya mahu menjadi sesuatu melalui isu Hong Kong ketakdiran sia-sia sahaja.

Zhao menyatakan bahawa sejak Undang-undang Keselamatan Negara Melibatkan Hong Kong dilaksanakan pada lebih setahun yang lalu, masyarakat Hong Kong dapat beroperasi semula dalam suasana penguatkuasaan undang-undang dan makin berkembang, penduduk tempatan dan warga asing yang berada di Hong Kong kelihatan boleh menikmati hak dan kebebasan yang sah dalam suasana yang keselamatannya terjamin.

Undang-undang yang diambil kerajaan China dalam mentadbirkan Hong Kong, sama sekali bukan rujukan dari Pengisytiharan Bersama China-Britain, melainkan rujukan dari Perlembagaan China dan Undang-undang Asas Hong Kong. Sejak Hong Kong dikembalikan ke pangkuan tanah air China, fasal-fasal yang berkaitan dengan Britain yang terkandung dalam pengisytiharan tersebut sudah tamat tempoh kesahannya. Sejak itulah, Britain tidak lagi mempunyai kedaulatan, hak pentadbiran dan hak pemantauan terhadap Hong Kong. Campur tangan Britain terhadap urusan Hong Kong melalui pentafsiran yang salah terhadap perisytiharan terbabit, sebenarnya merupakan tindakan yang membelakangi prinsip undang-undang antarabangsa dan tata tertib asas hubungan antarabangsa. 

曹捷