Nilai Keseluruhan Kargo Kereta Api China-Laos Melepasi RMB100 Juta

2021-12-16 14:33:32  CRI
Share with:

Nilai Keseluruhan Kargo Kereta Api China-Laos Melepasi RMB100 Juta_fororder_chinalaos1 - 副本 - 副本

Nilai Keseluruhan Kargo Kereta Api China-Laos Melepasi RMB100 Juta_fororder_chinalaos2 - 副本

Sebuah kereta api kargo antarabangsa yang membawa 11 kontena dengan mautan termasuk kain kapas, poliester, kulit tiruan dan zip dilancarkan dari Kunming, provinsi Yunnan dan menuju ke Laos pada Rabu.

Ini menandakan nilai keseluruhan kargo antarabangsa China-Laos yang melalui kastam Kunming melebihi RMB 100 juta yuan (RM66.41 juta ) sejak landasan kereta api China-Laos beroperasi. 

Perkhidmatan logistik rentas sempadan kereta api China-Laos bermula pada 4 Disember, dengan kereta api kargo antarabangsa eksport pertama berjaya menyelesaikan prosedur berkaitan di kastam Kunming.    

Setakat 15 Disember, sebanyak 31 kereta api kargo antarabangsa China-Laos telah diperiksa dan dilepaskan melalui kastam itu dengan jumlah barangan import eksport mencecah 17,100 tan yang bernilai kira-kira RMB107 juta yuan (RM 71 juta).

Kebanyakan barangan import adalah terdiri daripada getah semula jadi, baja kimia dan bijih besi, manakala barangan eksport pula majoritinya merupakan sayur-sayuran, buah-buahan, keluli, produk permesinan dan elektronik .

Dengan beroperasinya kastam Mohan, China dan landasan kereta api China-Laos, komunikasi dan kerjasama ekonomi serta perdagangan antara China dengan Laos termasuk di kawasan sekitarnya akan menuju ke arah pembangunan berkualiti tinggi.

胡星