Pemimpin Negara Besar, Tugas Digalas Juga Besar

2021-12-16 09:00:51  CRI
Share with:

Noyan Rona, seorang warga Turki yang sudah hidup di bandar Shanghai lebih 30 tahun.

Pada tahun 1983, menurut perjanjian pertukaran kebudayaan yang ditandatangani antara China dan Turki, Noyan Rona dipilih untuk meneruskan pendidikan mahasiswa lepasan ijazah di Universiti Wuhan di China. Selepas menyelesaikan pembelajaran di Wuhan, beliau pernah berkhidmat di Kedutaan Turki di China dan Konsulat Jeneral Turki di Shanghai.

Pada bulan Februari 2012, Xi Jinping yang berjawatan Naib Presiden China mengadakan lawatan ke Turki. Royan Rona, yang merupakan penterjemah pihak Turki, akhirnya dapat bertentang mata dengan Xi yang dilihatnya sebagai seorang yang muda, serta mempunyai fikiran dan pembentangan yang amat jelas.

Namun, yang lebih sukar bagi Royan Rona adalah untuk menterjemahkan ucapan Xi kerana pemimpin China ini selalu menggunakan peribahasa kuno. Menurut Royan Rona, ini menunjukkan Xi mempunyai latar belakang budaya yang kuat. Dalam lawatan itu, Royan Rona sentiasa mengiringi Xi dan merasa beliau mudah untuk didekati.

Pada dua bulan kemudian, Perdana Menteri Turki melawat China. Ketika pertemuan Perdana Menteri Turki dengan Xi berakhir, Xi telah memuji Royan Rona yang pandai bercakap bahasa Mandarin.

Ketika berlangsungnya seminar pakar asing di Shanghai pada 2014, para peserta mengambil kesempatan untuk bergambar bersama-sama pemimpin China termasuk Xi.

Ketika menunggu sesi bergambar, Xi telah berjabat tangan dengan para peserta satu per satu dan Royan Rona pula berada di barisan paling hadapan.

Apabila tiba giliran Royan Rona, beliau bertanya kepada Xi bahawa adakah dirinya masih diingati sebagai penterjamah  di Turki? Lalu, Xi singgah seketika dan berkata "ini adalah takdir, sungguh bertuah dapat bertemu semula".

Suasana pada ketika itu sangat baik. Xi menyarankan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 2013, dan ia tentunya akan membawa lebih banyak manfaat kepada ekonomi Turki, sekali gus menggalakkan hubungan China-Turki berkembang yang melibatkan banyak bidang baharu.

Sejak 2013 hingga sekarang, China mencapai pembangunan yang amat pesat dalam pelbagai bidang. Royan Rona yang amat kagum terhadap kejayaan tersebut turut menganggap tugas Xi selaku pemimpin negara yang begitu besar bukan senang.

"Xi adalah pemimpin yang berdedikasi dan luar biasa dalam kerjayanya, serta sangat mengagumkan," ujar Royan Nona.

曹捷