AS, Sila Anggotai UNCLOS Dulu

2021-12-16 14:44:45  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian ketika mengulas pendakwaan berkenaan dikeluarkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony John Blinken baru-baru ini menyatakan bahawa pihak AS sentiasa mengambil Konvensyen Undang-undangn Laut PBB (UNCLOS) dan kes timbangtara Lautan China Selatan (LCS) sebagai rujukan. Jika begitu, AS disilakan menganggotai UNCLOS terlebih dahulu.

Blinken dalam ucapan disampaikan ketika melawat Indonesia kelmarin menyatakan ramai orang dari Asia Timur Laut, Asia Tenggara, daerah aliran sungai Meikong dan kepulauan Pasifik berasa bimbang akan tindakan China yang bersifat pencerobohan. Menurut beliau, AS berazam memastikan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan terjamin, bahkan menyebut keputusan dalam kes timbangtara LCS.

Mengenai pendakwaan Blinken tersebut, Zhao berkata, negara yang membawa ancaman teruk dan risiko tinggi terhadap keamanan dan kestabilan rantau LCS, bukanlah China. Negara yang menghasut konflik di LCS dan mencetuskan pertengkaran dalam hubungan negara serantau, bukanlah China.

Yang menghantar pesawat dan kapal tentera melakukan peninjauan dan latihan di LCS, bahkan masuk wilayah laut dan udara sesebuah negara secara haram, bukanlah China.

Zhao Lijian juga menekankan terdapat pelanggaran prinsip tentang persetujuan negara terlibat dalam kes timbangtara LCS. Keputusannya pula adalah tidak sah ekoran pelanggaran undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS. AS didesak menghormati undang-undang antarabangsa dan prinsip asas hubungan antarabangsa, berhenti menjejaskan keamanan dan kestabilan LCS serta tingkah laku salah yang merosakkan kerjasama saling mempercayai antara negara serantau.

张宪