KDNK China bagi Tahun 2020 Dikenalpasti RMB101.3567 Trilion

2021-12-17 14:59:31  CRI
Share with:

Menurut maklumat daripada laman sesawang Jabatan Statistik Negara (NBS) China, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2020 akhirnya dikenalpasti sebanyak RMB101.3567 trilion (RM67 trilion), kurang 0.1 % berbanding keputusan pengiraan peringkat awal, iaitu kurang RMB241.9 bilion (RM160 bilion) , tetapi naik 2.2% berbanding tahun 2019 jika dikira dengan harga tetap.

Menurut sistem dan peratuan pengiraan dan pengeluaran data KDNK China, pengiraan KDNK dijalankan dengan langkah peringkat awal dan peringkat pengenalpastian muktamad. Baru-baru ini, NBS telah menjalankan langkah pengiraan muktamad terhadap angka KDNK tahun 2020 dan membuat keputusan tersebut menurut dokumen daripada laporan tahunan NBS, pengiraan muktamad kewangan Kementerian Kewangan dan bahan kewangan tahunan jabatan berkenaan. 

KDNK China bagi Tahun 2020 Dikenalpasti RMB101.3567 Trilion_fororder_2667d0be7ecb4189817f49d938f15d54

曹捷