14 Ribu Siswa-Siswi Jadi Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

2021-12-17 11:26:49  CRI
Share with:

 

14 Ribu Siswa-Siswi Jadi Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022_fororder_sukarelawan.JPG

Seramai 14 ribu siswa-siswi dari 66 buah universiti di bandar Beijing yang terdaftar bakal menyediakan perkhidmatan sukarelawan di kawasan pertandingan Beijing, daerah Yanqing dan bandar Zhangjiakou sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. Latihan berkenaan sedang dijalankan.

Sejumlah siswa-siswi dari Universiti Peking telah diatur melawat gimnasium Kubus Ais untuk menghayati acara curling di samping menyertai latihan berkaitan perkhidmatan sukarelawan.

14 Ribu Siswa-Siswi Jadi Sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022_fororder_5bc674e9825e40d6a5c64be664e4949e

Universiti Pertanian China pula menawarkan ceramah dan kursus kepada sejumlah siswa-siswinya yang bakal bertugas sebagai sukarelawan, misalnya latihan tentang kemahiran menangani keadaan kecemasan jantung dan paru-paru (CPR--cardiopulmonary resuscitation) yang dianjurkan oleh pensyarah dari Palang Merah Bandar Beijing.

张宪