Karnival Ais & Salji Beijing Ke-8 Dirasmikan

2021-12-19 14:11:03  CRI
Share with:

Karnival Ais & Salji Beijing Ke-8 Dirasmikan_fororder_fe0036b4d9d94817aa98e39c3ef00c11

Karnival Ais & Salji Beijing ke-8 telah dirasmikan di Taman Ski Shijinglong semalam.

Karnival yang sudah mempunyai 8 edisi tersebut sebenarnya diinisiatif lebih awal dari  pembidaan Beijing untuk menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Tema utama Karnival edisi tahun ini ialah “Setiap orang beraksi menyambut Sukan Olimpik Musim Sejuk, merealisasikan impian ais & salji dalam suasana riang gembira”. Dengan adanya peluang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing, sukan ais & salji dijangka akan menunjukkan tarikan yang semakin besar sehingga menjadikan jumlah penggemar bertambah ke 10 juta orang di Beijing.

Pegawai berkenaan dari Jabatan Sukan Beijing memperkenalkan bahawa karnival tersebut bakal berlangsung hingga April 2022. 

曹捷